Sunday, 5 August 2012

Tahap- Tahap Stress

Tahap-tahap stress

Kehidupan seharian memang terdedah kepada stress, jalanraya yang sesak, anak-anak yang degil dan nakal, kos sara diri yang semakin meningkat, cuaca yang semakin panas dan tidak menentu semuanya boleh menyumbang kepada pembentukan stress. Kita perlu menyedari tahap stress dalam diri. Jika kita sentiasa mengabaikan dan memberi penyembuhan yang betul, tahap stress ini akan meningkat perlahan-lahan dan boleh mengakibatkan penyakit hingga ke tahap stress tidak terkawal seperti amuk, masalah mental dll.



Terdapat tiga peringkat stress yang perlu dikenalpasti iaitu:

1. Tahap bersiap sedia dan berjaga-jaga
Simptom-simptomnya seperti kegelisahan, mudah berasa bimbang, ketakutan, marah dan murung

2. Tahap penentangan
Simptom-simptomnya seperti penafian, mengasingkan perasaan kecewa iaitu tidak merasa sedih memikirkan kekecewaan lalu dan kurang minat kepada hobi terdahulu

3. Tahap kelesuan
Simptom-simptomnya hilang keyakinan diri, hilang rasa harga diri, sukar untuk tidur, terlalu mudah marah, kebimbangan tidak bertempat, masalah gangguan fizikal seperti mendapat penyakit yang berpunca dari stress seperti darah tinggi, migraine, ulser dll

Apabila kita stress, otak akan memberi isyarat untuk berjaga-jaga bagi menghadapi stress atau ancaman yang merangsang kelenjar mengeluarkan hormon glukokortikoid yang mengawal metabolisme dan membina tubuh tetapi boleh meracuni saraf dan sistem lain dalam badan apabila dikeluarkan berlebihan dan berpanjangan. 

Rembesan hormon dan kimia otak ini akan menyebabkan pertambahan dengupan jantung, denyutan nadi dan kandungan gula dalam darah. Seseorang akan menjadi lebih bersedia khususnya dari segi penglihatan denga bukaan anak mata yang membesar, peningkatan daya tumpuan dan ingatan, peningkatan kadar pembakaran gula dan lemak membuatkan seseorang itu berasa panas serta dapat bergerak dengan pantas.

Oleh itu adalah sangat penting bagi kita untuk mengawal tahap stress secara sihat seperti beriadah, bersosial, membuat jenaka ketika membincangkan permasalah yang berat, menolong orang, mengangap permasalahan sebagai cabaran yang dipandang dari sudut positif.

Elakan daripada penafian terhadap masalah/stress yang mendatang dengan mengalih stress kepada orang lain seperti memarahi orang lain atas kesilapan diri, menuduh stress berpunca dari orang lain dan menyalahkan orang lain, pelupakan masalah/stress dengan merokok, minum arak dll.



1 comment:

  1. Maafkan saya jika terdapat ketiga-tiga tahap dalam diri seseorang tu boleh saya tahu bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut??

    ReplyDelete