Tahap-tahap stress
Kehidupan seharian memang terdedah kepada stress, jalanraya
yang sesak, anak-anak yang degil dan nakal, kos sara diri yang semakin
meningkat, cuaca yang semakin panas dan tidak menentu semuanya boleh menyumbang
kepada pembentukan stress. Kita perlu menyedari tahap stress dalam diri. Jika
kita sentiasa mengabaikan dan memberi penyembuhan yang betul, tahap stress ini
akan meningkat perlahan-lahan dan boleh mengakibatkan penyakit hingga ke tahap
stress tidak terkawal seperti amuk, masalah mental dll.
Terdapat tiga peringkat stress yang perlu dikenalpasti iaitu:
1. Tahap bersiap sedia dan berjaga-jaga
Simptom-simptomnya seperti kegelisahan, mudah berasa bimbang,
ketakutan, marah dan murung
2. Tahap penentangan
Simptom-simptomnya seperti penafian, mengasingkan perasaan
kecewa iaitu tidak merasa sedih memikirkan kekecewaan lalu dan kurang minat
kepada hobi terdahulu
3. Tahap kelesuan
Simptom-simptomnya hilang keyakinan diri, hilang rasa harga
diri, sukar untuk tidur, terlalu mudah marah, kebimbangan tidak bertempat,
masalah gangguan fizikal seperti mendapat penyakit yang berpunca dari stress
seperti darah tinggi, migraine, ulser dll
Apabila kita stress, otak akan memberi isyarat untuk
berjaga-jaga bagi menghadapi stress atau ancaman yang merangsang kelenjar
mengeluarkan hormon glukokortikoid yang mengawal metabolisme dan membina tubuh
tetapi boleh meracuni saraf dan sistem lain dalam badan apabila dikeluarkan
berlebihan dan berpanjangan.
Rembesan hormon dan kimia otak ini akan
menyebabkan pertambahan dengupan jantung, denyutan nadi dan kandungan gula
dalam darah. Seseorang akan menjadi lebih bersedia khususnya dari segi
penglihatan denga bukaan anak mata yang membesar, peningkatan daya tumpuan dan
ingatan, peningkatan kadar pembakaran gula dan lemak membuatkan seseorang itu
berasa panas serta dapat bergerak dengan pantas.
Oleh itu adalah sangat penting bagi kita untuk mengawal tahap
stress secara sihat seperti beriadah, bersosial, membuat jenaka ketika
membincangkan permasalah yang berat, menolong orang, mengangap permasalahan
sebagai cabaran yang dipandang dari sudut positif.
Elakan daripada penafian terhadap masalah/stress yang
mendatang dengan mengalih stress kepada orang lain seperti memarahi orang lain
atas kesilapan diri, menuduh stress berpunca dari orang lain dan menyalahkan
orang lain, pelupakan masalah/stress dengan merokok, minum arak dll.