Wednesday 15 August 2012

Salam Aidilfitri

Salam,

Salam Aidilfitri!


p/s : masih berada di maktab. hari jumaat baru cuti .huhuhu

Monday 13 August 2012

Rujukan Tekanan Guru dan Emosi


Kami telah membuat rujukan buku dan laman web di bawah ini

BUKU

  • Syed Ismail bin Syed Mustafa  (2010) Siri pengajian Profesional : Guru dan Cabaran Semasa Kuala Lumpur,Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.



JURNAL


  • Shahril @ Charil Marzuki Yahya Bin Don (2007). Kecerdasan Emosi Dan Kepemimpinan Pendidikan Dalam Pembentukan Sekolah Berkesan. Jurnal Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30(1) http://myais.fsktm.um.edu.my/4906/1/9.pdf



LAMAN WEB
  • http://freemedicalonline.blogspot.com/2009/09/stress-management.html
  • http://www.scribd.com/doc/9056294/Pen-Gurus-An-Tekanan
  • http://www.docstoc.com/docs/76696256/stress-and-burnout
  • http://sharimi.wordpress.com/2010/01/28/cara-cara-mengatasi-stress/
  • http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=45776
  • http://library.utem.edu.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=4638&Itemid=342
  • http://etd.uum.edu.my/1727/1/Azrul_Hisham_bin_Abdul_Manaf.pdf
  • http://freeinfoservis.blogspot.com/2010/02/tahap-tahap-stress.html
  • http://pkpgbk4uum.blogspot.com/2011_05_01_archive.html
  • http://www.omaq.org/v3/2009/10/15/kursus-pengurusan-stress-ipgm-kampus-perlis/
  • http://makngohselamoh.blogspot.com/2012/03/guru-stress-hinggakan-perlu-dibedah.html
  • http://nan-baikpunyer.blogspot.com/2011/09/kadar-stress-mengikut-pekerjaan-di.html
  • http://rahmart.blogspot.com/2010/01/pengurusan-stress-menurut-perspektif.html

i Think - Bahasa Melayu Pendidikan Khas


Kumpulan kami telah memilih untuk membuat peta minda bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Tahun 1.




Ini merupakan kemahiran yang telah kami pilih iaitu Kemahiran Membaca 



Di bawah ini kami menunjukkan contoh-contoh peta minda yang boleh dilakukan bagi mata pelajaran bahasa melayu bagi pendidikan khas bermasalah pembelajaran tahun 1 KSSR.


Peta Minda Huruf Vokal dan Huruf Konsonan
Double Bubble Map

Peta Minda Huruf Kecil
Bubble Map




Peta Minda Huruf Vokal  Besar
Flow Map




Alphabet Letter A

Peta Minda Perkataan Huruf  Vokal  A
Multi Flow Map




Alphabet Letter E
Peta Minda Perkataan Huruf  Vokal  E
Circle Map




Alphabet Letter I

Peta Minda Perkataan Huruf  Vokal  I
Brace Map



Alphabet Letter O

Peta Minda Perkataan Huruf  Vokal  O
Tree Map




Peta Minda Perkataan Huruf  Vokal U
 Bridge Map

Thursday 9 August 2012

Buku-Buku Mengenai Stress

Ini merupakan antara buku-buku yang anda boleh buat sebagai rujukan untuk lebih mendalami mengenai tajuk tekanan emosi dalam kalangan guru, SELAMAT MEMBACA!!

Buku Guru dan Cabaran Semasa  ditulis sebagai buku rujukan untuk para  pendidik amnya, dan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus Ilmu Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) khasnya. Buku ini mengandungi 6 bab yang disediakan secara tersusun, jelas dan lengkap. Kandungan yang terancang ini mesra pembaca dan pasti membantu bakal guru dan guru terlatih dalam menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran dunia keguruan.






















Sunday 5 August 2012

i Think -TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU



Ini merupakan link untuk ke peta minda bagi tajuk
 ' TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU'

Langkah Pengurusan Tekanan Emosi




Kesedaran tentang perlunya menguruskan tekanan ini digambarkan dengan kajian-kajian yang banyak dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Antaranya ialah kajian oleh Nelson dan Sutton (1990) dan Jung (1995) di Amerika Syarikat; Cooper dan Kelly (1993) , Abouserie (1996) dan Cockburn (1996) di United Kingdom; Chan dan Hui (1995) di Hong Kong.

Di dalam negeri pula telah dijalankan oleh Noor Azzuddin (1990), Noriah (1995), Abu Omar (1996) dan Ungku Norulkamar (1997).Kebanyakan kajian yang dimaksudkan adalah berkaitan langsung dengan persoalan tekanan dalam kalangan guru-guru.

Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga keadaan negatif, iaitu keadaan yang bertekanan, moral guru yang rendah, dan peletakan jawatan (mungkin bukan dalam keadaan kegawatan sekarang).

Antara contoh kajian tindakan mengenai stress ialah


Pengendalian Stress semasa kerja
  1. Buangkan perasaan ‘superman’ dalam diri
  2. Aturkan pengurusan masa
  3. Buat sesuatu yang baik untuk orang lain
  4. Pergaulan bersama rakan sekerja
  5. Belajar kemahiran atau perkara yang baru
  6. Hadapi masalah kerja secara terus
  7. Berbual mengenai tajuk yang tiada kaitan dengan stress yang dihadapi
  8. Membantu orang lain
  9. Berbincang melalui jawatankuasa di jabatan
  10. Maklumkan kepada ketua mengenai rancangan kita

Strategi Mengurangkan 'Stress' Aspek Kerohanian .
Kerohanian adalah faktor penting 'stress'.
Cara terbaik ialah merapatkan hubungan diri dengan Allah.
  1.  sembahayang
  2.  zikir
  3.  munajat
  4.  meditasi
  5.  berguru
  6.  berbincang dengan rakan
Proses Meditasi
  1. Tutup mata selama 10 hingga 20 minit
  2. Pusatkan perhatian kepada sesuatu rangsangan
  3. Proses meditasi berlaku sebaik sahaja fikiran kita ‘mengembara ataupun bergerak’
  4. Adakalanya fikiran kita mengembara jauh dari rangsangan asal
  5. Kemudian kembali ke rangsangan asal di mana penumpuan diberi dengan baik
  6. Munajat
  7. Bernafas perlahan-lahan
  8. Letakkan tapak tangan kanan ke arah kiri dada (kebahagian jantung)
  9. Tumpukan fikiran untuk pembersihan rohani kebahagian jantung dan hati
  10. Pejamkan mata dan mulailah dengan zikir munajat atau mendengar melalui kaset

Strategi Mengurang 'Stress' Aspek Fizikal
  1. Diet
  2. Urut
  3. Mandi air suam/berendam kolam air panas
  4. Menangis
  5. Bermain
  6. Menjerit

RUJUKAN :
http://rahmart.blogspot.com/2010/01/pengurusan-stress-menurut-perspektif.html


Jenis-Jenis Burn Out


Maslach & Jackson (1981,1981) telah memperkembang konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout.

Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment).Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima oleh para pengkaji.





Bilakah Burn Out Terjadi?


Punca Burn Out Guru

• Faktor Latar Belakang Guru 
 jantina / umur / mengajar di sekolah yang besar / mengajar kelas yang ramai   
 mengajar di bandar atau pedalaman

• Faktor Kurangnya Tanggungjawab Pentadbiran 
  tak memahami kekangan dan tekanan kerja dialami guru  di sekolah (Fibkins, 1983).

• Faktor Tekanan Kerja 
  harapan tinggi / kekurangan guru dan alatan / bebanan tugas / disiplin pelajar / gaji  
  yang rendah / pangkat yang terhad / bilik guru yang sesak / tugas perkeranian / kerja rutin.

• Faktor Konflik & Kekaburan Peranan 
  pendidikan berkualiti kepada pelajar tetapi mereka tidak  dibenarkan/ diberi kebebasan menggunakan  
  kaedah P&P atau kurikulum yang sesuai. Suruh kawal disiplin  tetapi tiada kuasa untuk menjalankan  
  tanggungjawab.

• Faktor Sokongan Sosial 
  tiada sokongan keluarga, suami/isteri, rakan sekerja dan ketua dalam organisasi 
  kita berkhidmat.

Tanda dan Kesan Burn Out



Ciri Burn Out :

Maslach & Jackson (1981,1986) :

1. Keletihan Emosi
• Kelesuan / kehabisan tenaga / letih / lemah untuk terus bekerja.
• Kehilangan semangat dan motivasi
• Tiada dedikasi seperti dahulu.

2. Depersonalisasi
• Emosional, melayan murid seolah objek tidak berguna / “objek penganggu” / melabelkan pemalas, bodoh, tidak berguna dsb.
• Bersikap negatif dan sinis terhadap murid,
rakan, pentadbir & masyarakat.

3. Penurunan Pencapaian Peribadi
• Menilai diri mereka secara negatif.
• Kemurungan / moral rendah / pengunduran interpersonal / kehilangan produktiviti / tidak berupaya 
menghadapi tekanan / perasaan kegagalan / kehilangan harga diri / kemerosotan perasaan kompeten / kekurangan pencapaian


Kesan Burnout

• Meletak jawatan
• Bersara awal
• Berhijrah ke profesion lain
• Setia tetapi tidak produktif, tidak bermotivasi dan tidak bersemangat.
• Tekanan psikologi dan mental yang boleh membahayakan diri sendiri dan pelajar


Definisi Burn Out



Definisi:


Istilah "burnout" mula-mula diperkenalkan oleh Freudenberger (1974) yang menggambarkannya sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan seseorang.

Dalam erti kata yang lain, burnout boleh juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai matlamatnya (Farber, 1984).

Pines (1993), semua individu akan mengalami tekanan, tetapi burnout akan hanya dialami oleh individu yang memasuki bidang karier dengan harapan, matlamat, dedikasi, komitmen dan motivasi yang tinggi.

Maslach & Jackson (1981a,1981b) telah memperkembang konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout.Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment).Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima oleh para pengkaji.






Faktor-Faktor Stress




Faktor-faktor 'Stress'
  • Faktor interpersonal
  • Faktor diri
  • Faktor organisasi
  • Faktor kekurangan sumber
  • Faktor luaran

Faktor Organisasi
  • Semua kerja perlu segera -kesuntukan masa
  • Beban kerja berterusan (kronik)
  • Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas
  • Bebanan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif
  • Mengalami kebosanan di tempat kerja
  • Merasakan idea sendiri yang betul
  • Selalu salahkan orang lain
  • Rasa tidak sabar dan mudah meradang terhadap rakan kerja

Stress' di tempat kerja juga boleh berpunca dari:
  • Rasa tertekan dengan sikap ketua/ majikan
  • Terlalu banyak atau terlalu sedikit kerja
  • Pertukaran dalam prosedur atau polisi
  • Tiada objektif jelas
  • Ruang atau persekitaran tempat kerja yang tidak selesa
  • Terlalu bosan dengan tugas akan membawa risiko ‘job burnout’ tanda-tandanya:
  • Bosan bekerja
  • Mengasingkan diri
  • Malas ke tempat kerja
  • Rasa pekerjaan tidak sesuai dan rendah tarafnya

Bukti Guru Stress

Di Malaysia, persoalan tekanan dalam kalangan guru bukan lagi setakat bahan kajian ilmiah, malah menjadi isu dalam media masa. Menurut Muhamad (1995) , kajian oleh Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) menunjukkan guru-guru mengeluh terhadap kerja-kerja persediaan guru seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan, dan harian.

Dalam konteks negeri Sarawak, Menteri Pembangunan Industri, Datuk Abang Johari Abang Haji Openg selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan telah menjelaskan sebab-sebab mengapa 75 guru di Sarawak telah meninggalkan profesion perguruan (semenjak 1993 hingga Mei 1996). 

Antara alasannya ialah masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan dengan keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban tugas yang berat (Borneo Post, 1996). Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya masalah pelajar, bebanan kerja , isu SSB, dan perubahan dasar yang tidak pernah selesai. Kesemua ini menuntut perubahan pandangan guru terhadap persekitaran mereka. Perubahan ini pasti menyebabkan tekanan ke atas guru.


contoh ilustrasi guru yang tidak dapat mengawal emosi di dalam kelas.






contoh surat panggilan kursus pengurusan stress



contoh luahan hati seorang guru

petikan akhbar berita harian mengenai peratusan kadar stress mengikut pekerjaan di malaysia




RUJUKAN : 




Tahap- Tahap Stress

Tahap-tahap stress

Kehidupan seharian memang terdedah kepada stress, jalanraya yang sesak, anak-anak yang degil dan nakal, kos sara diri yang semakin meningkat, cuaca yang semakin panas dan tidak menentu semuanya boleh menyumbang kepada pembentukan stress. Kita perlu menyedari tahap stress dalam diri. Jika kita sentiasa mengabaikan dan memberi penyembuhan yang betul, tahap stress ini akan meningkat perlahan-lahan dan boleh mengakibatkan penyakit hingga ke tahap stress tidak terkawal seperti amuk, masalah mental dll.



Terdapat tiga peringkat stress yang perlu dikenalpasti iaitu:

1. Tahap bersiap sedia dan berjaga-jaga
Simptom-simptomnya seperti kegelisahan, mudah berasa bimbang, ketakutan, marah dan murung

2. Tahap penentangan
Simptom-simptomnya seperti penafian, mengasingkan perasaan kecewa iaitu tidak merasa sedih memikirkan kekecewaan lalu dan kurang minat kepada hobi terdahulu

3. Tahap kelesuan
Simptom-simptomnya hilang keyakinan diri, hilang rasa harga diri, sukar untuk tidur, terlalu mudah marah, kebimbangan tidak bertempat, masalah gangguan fizikal seperti mendapat penyakit yang berpunca dari stress seperti darah tinggi, migraine, ulser dll

Apabila kita stress, otak akan memberi isyarat untuk berjaga-jaga bagi menghadapi stress atau ancaman yang merangsang kelenjar mengeluarkan hormon glukokortikoid yang mengawal metabolisme dan membina tubuh tetapi boleh meracuni saraf dan sistem lain dalam badan apabila dikeluarkan berlebihan dan berpanjangan. 

Rembesan hormon dan kimia otak ini akan menyebabkan pertambahan dengupan jantung, denyutan nadi dan kandungan gula dalam darah. Seseorang akan menjadi lebih bersedia khususnya dari segi penglihatan denga bukaan anak mata yang membesar, peningkatan daya tumpuan dan ingatan, peningkatan kadar pembakaran gula dan lemak membuatkan seseorang itu berasa panas serta dapat bergerak dengan pantas.

Oleh itu adalah sangat penting bagi kita untuk mengawal tahap stress secara sihat seperti beriadah, bersosial, membuat jenaka ketika membincangkan permasalah yang berat, menolong orang, mengangap permasalahan sebagai cabaran yang dipandang dari sudut positif.

Elakan daripada penafian terhadap masalah/stress yang mendatang dengan mengalih stress kepada orang lain seperti memarahi orang lain atas kesilapan diri, menuduh stress berpunca dari orang lain dan menyalahkan orang lain, pelupakan masalah/stress dengan merokok, minum arak dll.



Pengenalan & Definisi Stress



Definisi 'Stress'

'Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.


Robbins, 1993, menerangkannya sebagai:
“Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut”.

Secara keseluruhannya 'stress' adalah:
  • Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran
  • Gangguan fungsi kehidupan
  • Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup
  • Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif
  • Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu
  • Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh
  • Hakikatnya 'stress' itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress' sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita.






Wednesday 1 August 2012